Majlis Tahlil @ No. 211

17 10 2009

Jemputan ke Majlis Tahlil arwah anakanda En. Sabri, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Oktober 2009. Al-Fatihah!

Tarikh : 22 Oktober, 2009 (Khamis)

Tempat : Rumah No 211,  Jalan Jati 14.

Masa : Jam 8.15 malam (Selepas Isya’)

Nota :

Semua penduduk Acacia Park di jemput hadir.

Terima kasih! :)

p/s : Dengan persetujuan AJK Rukun Tetangga (RT) Acacia Park, mesyuarat RT yang dijadualkan pada jam 9 malam hari yang sama, akan diadakan sejurus selepas program Tahlil tamat, di tempat biasa iaitu “Post Kawalan Rukun Tetangga”.

~ Mr. and Mrs. Admin ;) ~

Advertisements




Happy Hari Raya & Deepavali 2009

16 10 2009

Salam Sejahtera buat semua Penduduk Acacia Park,

Maaf, kerana sudah lama laman ini tidak di kemas kini, lantaran kesibukan Mr & Mrs Admin. Pelbagai aktiviti telah di lakukan bersama penghuni Acacia Park sepanjang “kami” menyepikan diri ini, dan terlalu banyak yang ingin di kongsi dan di war-war kan, tapi, tidak kesampaian. Maaf, dipinta.

Akan kami cuba mengemas kini laman ini sekerap mungkin selepas ini. 🙂

Owh, harapnya tidak terlambat untuk kami ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga Acacia Park yang beragama Islam. Syawal masih berbaki beberapa hari kan? Jika berkesempatan, mungkin kita boleh gunakan hari-hari terakhir ini untuk melawat sesama kita.

Selain itu, kami turut ingin mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada warga Acacia Park yang beragama Hindu.

Deepavali

Drive carefully in this festive season!!!

~ Mr. and Mrs. Admin 😉 ~