Bola Sepak Persahabatan@ Stadium Salak Tinggi

29 04 2010

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Acacia FC dan Seri Putra FC

– Sesiapa yang berminat dijemput hadir untuk memantapkan lagi pasukan Acacia FC

– RM 10 untuk pembiayaan padang.

Majulah Sukan Untuk Semua

Advertisements




Mesyuarat Rondaan Malam @ 27-04-2010

26 04 2010

Mesyuarat bulanan untuk  April 2010

Tarikh : 27hb April 2010 (Selasa)

Tempat : Pondok RT Jalan Jati 10.

Masa : 9.00 malam

Agenda :

1) Jadual Rondaan Malam untuk bulan May 2010.

2) Isu berbangkit.





Laporan Bergambar Aktiviti Sukan@MPN 25-04-2010

25 04 2010

MPN 25-04-2010

Aktiviti Sukan Bola Sepak berlansung dengan jayanya kehadiran kira-kira 20 orang pemain (Tu pun kalau tak silap kira)

Bermula jam 9.30 dan berakhir jam 10.30pagi. Tahniah kepada pemain dan Majulah Sukan untuk Acacia Park. Nantikan Perancangan Sukan akan datang.

Banyak Bola : Terima Kasih student 179 kerana sudi meminjamkan bola ini.

Kecerian yang digambarkan menunjukkan keharmonian dan keakraban telah terjalin serta semangat kesukanan,

selaras dengan tujuan Persatuan ini ditubuhkan.

lagi galeri gambar

Klik Disini





Pondok No. 2

25 04 2010

Salam Sejahtera

Memperkenalkan Pondok rondaan malam yang baharu

Pondok sedia ada (Pondok No.1)

Seperti sedia maklum pondok yang sedia ada telah dipindahkan dari Jalan Jati 13 ke Jalan Jati 10.

Kini di Taman Desa Jati (Acacia Park) di bawah pengawasan Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan. (PPTDJAPPNNNS) telah mempunyai dua buah pondok rondaan malam.

Lokasi pondok No. 1 di Jalan Jati 10 & lokasi Pondok No. 2 (pondok baharu) di Jalan Jati 13.

Berikut adalah keterangan tentang Pondok No. 2 (Baharu) :-

Lakaran asal Pondok No. 2


Gambar Pondok No. 2

Ketika gambar diambil pondok baru sahaja siap dibina (cat pun belum kering) & kini pondok tersebut telah ditempatkan di Jalan Jati 13.

Spec :

– Kesemua spec adalah mengikut lukisan yang diberikan dan ada sedikit penambahan untuk mengukuhkan structur pondok tersebut.

-Kemasan : Cat minyak warna cokelat.

-Ujian Tempias : Belum dilakukan (kena tunggu hujan turun)





Laporan Bergambar Gotong-Royong Bersama Jabatan Bomba

19 04 2010

Acacia Park :  18 April 2010

Alhamdulillah Gotong-royong kali ini berjalan dengan lancar. anggaran kehadiran sebanyak 55 orang penduduk, kawasan yang dibersihkan adalah longkang hadapan rumah

Gotong-royong tamat kira-kira jam 7 ptg

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Tuan Pengerusi, AJK-AJK, dan Ahli serta penduduk yang belum jadi ahli tidak dilupakan juga 2 orang anggota dari  Jabatan Bomba & Penyelamat Nilai.

Info : Pada gotong-royong ini juga pondok Rondaan Malam telah diubah kedudukannya yang asalnya berada di Jalan Jati 13 dan kini telah di pindahkan ke Jalan Jati 10.

Sesi taklimat oleh Pengerusi Saudara Faizal – 248 serta laporan keselamatan oleh Saudara Joe – 221

Ketibaan Jentera Bomba bersama 2 orang anggota kira-kira jam 9.15 pagi

Operasi pembersihan dimulakan jam 9.30 pagi

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Ruang yang terlalu sempit bagaimanapun tidak menghalang  operasi pembersihan

Sebahagian sumbangan yang diterjemahkan kepada minuman oleh Tuan Hj Jamal – 192

Terima kasih juga kepada AJK yang menyediakan Makan & Minuman serta sukarelawan yang terlibat untuk penyediaan jamuan makanan

Berikut adalah keadaan longkang sebelum dibersihkan

Bahan bukti bahawa longkang telah dibersihkan

Terima Kasih Semua yang terlibat menjayakan Gotong-royong ini

Klik Disini

untuk melihat lagi galeri photo





Alahai Pak Arab @ 18-04-2010

19 04 2010

Acacia Park : Pagi Ahad 18 April 2010 Jam Kira-kira 2.30pagi Seorang Pak Arab yang sempat memberi salam dan bertegur kepada 2 orang petugas rondaan malam “Security Guard ke?” kemudian didapati Pak Arab tersebut berjalan kaki dan terus hilang di lorong gelap antara jalan jati 13 dan jalan jati 14. kehilangan itu telah disedari oleh salah seorang petugas dan pertugas bertindak mengesan kehilangan Pak Arab tersebut. Rondaan berkereta telah dilakukan. Tiba-tiba muncul sebuah Van mencurigakan melalui lorong gelap antara rumah no. 151 dan 150. Petugas bertindak mengejar Van tersebut. Didapati terdapat kira-kira 8 orang di dalam van tersebut dan bertindak menyuluh petugas yang mengejar Van tersebut. Bukan itu sahaja Van tersebut juga telah menghimpit kereta petugas rondaan malam malahan Van tersebut berjaya beredar dari kawasan Acacia Park. Namun begitu petugas terpaksa menghentikan niat untuk mengejar Van tersebut kerana risiko terlalu tinggi 2 lawan 8 mana bisa Pak?

Oleh yang demikian marilah sama2 kita ambil iktibar di atas kejadian tersebut :-.

Rayuan

1) Kepada semua penduduk diminta memberi kerjasama sila hadirkan diri ketika waktu bertugas

2) Sekiranya ada kelapangan sukarelawan diperlukan untuk berjaga di antara jam waktu tidak dapat di taip di sini (sila cek email) sekurang kurangnya, penjenayah tidak boleh mengagak waktu kita bertugas.

Tindakan awal yang telah diambil

1) Pondok telah dipindahkan berhampiran Jalan Jati 10 iaitu jalan masuk utama

Utamakan keselamatan

1) Sekiranya anda mendapati ada sebarang jenayah atau sesuatu unsur yang berbentuk jenayah sila laporkan kepada pihak polis sila dail 999 atau 06-7991222 (Balai Polis Nilai)

2) Petugas tidak digalakkan untuk bertindak bersendirian, penjenayah boleh bertindak di luar jangka. Petugas

Rondaan Malam

1) Sekiranya ada kecemasan anda digalakkan membuat bising seperti membunyikan hon berulang-ulang, tiup visel, dan apa juga cara untuk mengambil perhatian jiran terdekat.

2) Sila bawa kenderaan ketika bertugas terutamanya Kereta.

Berikut adalah laporan yang saya terima & tindakkan awal yang telah dilaksanakan demi keselamatan penduduk sekiranya ada kesilapan dari segi laporan harap maaf.

Kepada semua penduduk kerjasama anda amat kami hargai

nyawa lebih berharga dari harta benda

Sekian Terima Kasih





Aktiviti Sukan Bola Sepak @ MPN 25-04-2010

18 04 2010

Aktiviti Sukan Bola Sepak @ MPN


Tarikh : 25hb April 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 – 10.30pagi

Tempat : Padang Majlis Perbandaran Nilai

Tujuan : Memupuk semangat kesukanan & kesedaran bertapa pentingnya bersukan serta meningkatkan tahap kesihatan badan

Nota : Sesiapa yang berminat dijemput hadir, Sila bawa kelengkapan yang sesuai.