Alahai Pak Arab @ 18-04-2010

19 04 2010

Acacia Park : Pagi Ahad 18 April 2010 Jam Kira-kira 2.30pagi Seorang Pak Arab yang sempat memberi salam dan bertegur kepada 2 orang petugas rondaan malam “Security Guard ke?” kemudian didapati Pak Arab tersebut berjalan kaki dan terus hilang di lorong gelap antara jalan jati 13 dan jalan jati 14. kehilangan itu telah disedari oleh salah seorang petugas dan pertugas bertindak mengesan kehilangan Pak Arab tersebut. Rondaan berkereta telah dilakukan. Tiba-tiba muncul sebuah Van mencurigakan melalui lorong gelap antara rumah no. 151 dan 150. Petugas bertindak mengejar Van tersebut. Didapati terdapat kira-kira 8 orang di dalam van tersebut dan bertindak menyuluh petugas yang mengejar Van tersebut. Bukan itu sahaja Van tersebut juga telah menghimpit kereta petugas rondaan malam malahan Van tersebut berjaya beredar dari kawasan Acacia Park. Namun begitu petugas terpaksa menghentikan niat untuk mengejar Van tersebut kerana risiko terlalu tinggi 2 lawan 8 mana bisa Pak?

Oleh yang demikian marilah sama2 kita ambil iktibar di atas kejadian tersebut :-.

Rayuan

1) Kepada semua penduduk diminta memberi kerjasama sila hadirkan diri ketika waktu bertugas

2) Sekiranya ada kelapangan sukarelawan diperlukan untuk berjaga di antara jam waktu tidak dapat di taip di sini (sila cek email) sekurang kurangnya, penjenayah tidak boleh mengagak waktu kita bertugas.

Tindakan awal yang telah diambil

1) Pondok telah dipindahkan berhampiran Jalan Jati 10 iaitu jalan masuk utama

Utamakan keselamatan

1) Sekiranya anda mendapati ada sebarang jenayah atau sesuatu unsur yang berbentuk jenayah sila laporkan kepada pihak polis sila dail 999 atau 06-7991222 (Balai Polis Nilai)

2) Petugas tidak digalakkan untuk bertindak bersendirian, penjenayah boleh bertindak di luar jangka. Petugas

Rondaan Malam

1) Sekiranya ada kecemasan anda digalakkan membuat bising seperti membunyikan hon berulang-ulang, tiup visel, dan apa juga cara untuk mengambil perhatian jiran terdekat.

2) Sila bawa kenderaan ketika bertugas terutamanya Kereta.

Berikut adalah laporan yang saya terima & tindakkan awal yang telah dilaksanakan demi keselamatan penduduk sekiranya ada kesilapan dari segi laporan harap maaf.

Kepada semua penduduk kerjasama anda amat kami hargai

nyawa lebih berharga dari harta benda

Sekian Terima Kasih


Actions

Information

3 responses

19 04 2010
Mrs Yazid

Salam Admins,

Saya ingin mencadangkan agar penduduk taman memasang lampu balkoni masing2, samaada di depan atau dibelakang rumah di waktu malam. Kalau dapat pasang dua2 lebih bagus. Kalau tak boleh, at least pasanglah lampu belakang. Lampu jalan yg di provide oleh pihak pemaju adalah terhad, so, marilah kita co-operate dlm hal ini. Dan, ini salah satu safety juga.

Sekurang2 nya, jika anda tidak dapat turun (atas apa jua alasan!) untuk berkhidmat sebagai “RT”, at least, bantulah RT bertugas dengan menyalakan lampu belakang rumah anda. So, mudah untuk mereka monitor setiap lorong rumah kita, dan menyumbang pada keselamatan rumah anda sendiri.

Saya berharap, cadangan ini dapat di panjang kan di kalangan penduduk taman.

Terima kasih,
Mrs. Yazid

19 04 2010
Biro Penerangan

wa’alaikumsalam
Mrs yazid cadangan berikut juga telah dipanjangkan pada meeting RT yang lepas Oleh Saudara Yazid sendiri,
Namun kesedaran mungkin tidak timbul pada diri penduduk namun ada juga yang menyokong tindakkan menyalakan lampu seperti yang dinyatakan oleh Mrs yazid.
Apapun pihak kami amat menghargai cadangan Mrs. Yazid.
Insyaallah cadangan ini akan sentiasa kami usulkan & panjangkan pada setiap bulan waktu meeting RT.

21 04 2010
Pn. Yanie

Salam Admins,

Tertarik dan menyokong cadangan Mrs. Yazid supaya menyalakan lampu depan dan belakang rumah setiap malam. Mungkin boleh dilancarkan “Kempen Cahaya” untuk penduduk Acacia Park, mungkin juga hebahan melalui email sudah mencukupi kerana ada sesetengah penduduk yang tidak tahu menahu berkaitan hal ini. Cuma perlu di ‘up’ kan selalu sebagai peringatan. Tetapi mungkin akan menambahkan kerja AJK pula. Walau bagaimanapun, ini sebagai pandangan sahaja.

Sekian, terima kasih.
Pn. Yanie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: