Skuad Acacia Park FC tumpas

9 05 2010

Bandar Baru Salak Tinggi 8 Mei 2010 :

Nasib tidak menyebelahi tuan rumah iaitu Skuad Acacia FC yang tumpas di tangan Skuad Seri Putra FC di Perlawanan Persahabatan antara Acacia FC dan Seri Putra FC.

Semua gol pelawat di jaringkan pada separuh masa pertama. Jaringan pertama pada minit ke 10 melalui hantaran tak berapa nak lambung dan disudahkan namun tak sudah, sebab gol sendiri.

Acacia FC mula mengasak akan tetapi kehebatan Seri Putra FC mengawal bola bak kata orang kaki ada magnet. Percubaan demi percubaan namun Acacia FC masih gagal mendapatkan gol penyamaan.

Keghairahan Acacia FC untuk mendapatkan gol  penyamaan di punahkan dengan gol ke 2 pada minit ke 30 masa tak rasmi.

Gol tersebut adalah gol kemenangan Seri Putra FC.

Pada Separuh masa ke dua  Acacia FC banyak bertahan dan banyak menyerang namun tiada gol penyudah. Statistic perlawanan ketika itu 50-50 masing-masing dah pancit. Tiada jaringan pada separuh masa kedua. Namun ada 2 kecederaan daripada skuad Seri Putra FC dan 1 kecederaan berulang dari Skuad Acacia FC.

Tiada sebarang kad berwarna dilayangkan dan kesemua pemain gantian dimasukkan. Makan sampingan ialah buat pisang (don’t let’s banana fruit two time).

Keputusan rasmi 90 minit  perlawanan Acacia FC – 0 dan Seri Putra FC -2

Kedua pasukan kelihatan berpuas hati dengan perlawanan tersebut sebab dalam hati diorang ada taman.

Lagi Gambar

Klik Sini


Actions

Information

2 responses

10 05 2010
fazli

Ball possesion berapa peratus? Sorry la xdpt join ade keje di opis weekend. Full time berapa minit? Nampak cam gempak je Seri Putra FC ni.

10 05 2010
hairul

Tahniah buat Acacia FC walaupun tumpas 2-0 tetapi semangat juang yang dipamirkan amat-amat dibanggakan…semoga lepas ini lebih ramai pemain bertahap dewa dapat dihasilkan… Tahniah juga buat para penyokong yang setia memberi sokongan moral dari awal hingga akhir permainan termasuk para ibu2 dan anak2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: