1st Ramadhan 2nd Tarawih @ Musollah Darul Jannah

13 08 2010

Alhamdulillah Syukur

Musollah Darul Jannah yang mula dibina pada pertengahan bulan Julai 2010 kini telah mula digunakan oleh Penduduk Taman Desa Jati Acacia Park (TDJAP) untuk Solat Sunat Tarawih berjemaah, Musollah ini boleh memuatkan kira-kira 50 Jemaah pada satu-satu masa. Namun pihak Musollah Darul Jannah melalui AJK Surau Ar-Raudhah telah menyediakan khemah sekiranya jemaah melebihi had. Selain Solat tarawih pada bulan Ramadhan, Musollah ini juga menjalankan aktiviti Bacaan Tahlil, Moreh, Jamuan Berbuka puasa serta Qiamullail

Qiamullail

adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. (klik untuk makluman lanjut)

Oleh yang demikian kami dari pihak Persatuan serta AJK Surau Ar-Raudhah mengajak Semua Penduduk TDJAP ramai-ramai untuk sama2 berjemaah menunaikan solat sunat tarawih di Musollah Darul Jannah.

Sekiranya Penduduk TDJAP atau sesiapa yang membaca blog ini dan  ingin memberi sedikit sumbangan bolehlah disalurkan terus ke Tabung yang terdapat di Musollah Darul Jannah

Tarikh Gambar Diambil : 11hb Ogos 2010 (Rabu)
Tempat : Musollah Darul Jannah
Masa : 9 mlm hingga selesai

This slideshow requires JavaScript.

Nota :

Musollah Darul Jannah

Tempat Solat @ Surau Sementara yang telah dibina belakang rumah 135 jln jati 14.

Surau Ar-Raudhah

Cadangan Surau Ar-Raudhah Taman Desa Jati (Masih dalam proses kertas kerja)

Untuk Sumbangan Musollah Darul Jannah & Surau Ar-Raudhah juga boleh disalurkan melalui akaun ini :-

Nama : SURAU AR-RAUDHAH TAMAN DESA JATI
No. Akaun : 1210-0000239-718 (BANK MUAMALAT)

Sekian Terima Kasih


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: