Kawalan Keselamatan Sempena Hari Raya 2010

30 08 2010

Perjumpaan Khas Untuk Kawalan Keselamatan Sempena Hari Raya

Tarikh : 2hb Sept 2010 (Khamis)

Tempat : Perkarangan Musollah Darul Jannah (Surau)

Masa : 10.30 malam (Selepas Solat Sunat Tarawih)

Agenda :

1) Taklimat Tujuan Kawalan Keselamatan serta jumlah perlu dibayar

2) Kutipan Pembayaran untuk Kawalan Keselamatan

Nota : Semua Penduduk Dikehendaki Hadir


Actions

Information

3 responses

4 09 2010
miss F

Salam, tahniah diucapkan kepada persatuan kerana mempunyai inisiatif dalam menjaga keselamatan rumah penduduk taman acacia semasa cuti perayaan hari raya yang bakal disambut beberapa hari lagi sahaja. Ini adalah salah satu cara yang boleh dilakukan setiap tahun bagi menjamin keselamatan rumah di taman acacia.

namun, saya tertanya-tanya kenapa dan mengapa bayaran setiap ahli adalah berbeza? tidak kah perkara ini akan menjadi satu isu dan dalam jangka masa panjang ianya boleh membuatkan ahli persatuan jauh hati untuk berpersatuan. Saya juga dapat melihat bahawa terdapatnya jurang diantara AJK dan ahli biasa. Kenapa perlu adanya perasaan junior and senior? tidak semestinya senior itu mempunyai idea yang bagus, mana tahu idea junior lagi bagus dari senior.

saya juga perasan bahawa setiap perkara yang memerlukan kata sepakat, tidak dibawa ke meeting. kalau dibawa ke meeting sekalipun, keputusannya telah ada di mana keputusan tersebut dibuat sesama AJK induk sahaja. Harap pihak persatuan boleh menerangkan pertanyaan saya ini.

6 09 2010
Pengerusi

Bismillahirrahmannirrahim……
Terima kasih ke atas soalan tersebut.

SOALAN 1
Kenapa dan mengapa bayaran setiap ahli adalah berbeza ?

Untuk pengetahuan pihak miss f , ini adalah kerana memberi sedikit penghargaan kepada mereka yang aktif berjaga malam di kala ada dikalangan ahli dan bukan ahli tidur dan langsung tidak memperdulikan aktiviti utama Persatuan. PerbezaAan ini juga mengalakkan ahli yang aktif dan tidak aktif supaya bersama2 memberi kerjasama untuk menjaga keselamatan taman. Nyawa mereka dipertaruhan demi untuk mereka yg tidak aktif untuk turun Rondaan Malam. Pernahkah miss F memikirkan bagaimana mereka meninggalkan isteri dan anak2 tersayang demi untuk menjaga keselamatan yang langsung tidak diberi gaji demi keselamatan miss f dan keluarga dan masyarakat taman keseluruhannya. Bagaimanakah perasaan isteri2 dan anak2 mereka jika sesuatu yang terjadi kepada mereka ? Pernah pihak miss f memikirkannya. Adil lah dalam menilai sesuatu perkara. Selama ini mereka yang aktif turun untuk RT tidak pernah di ucapkan terima kasih mahupun dihargai. Kalau miss f mempunyai idea , sila kemukakan.

SOALAN 2
Ahli Persatuan akan jauh hati untuk berpersatuan ?

Soalan tersebut lebih merujuk kepada mereka yg menjadi ahli dan tidak aktif Persatuan dan kepada bukan ahli. Berpersatuan ini di tuntut oleh agama kerana bantuan allah lebih kepada mereka yang berjemaah. Dalam hidup ini , kita tidak boleh hidup bersendirian. Even Nabi Adam pun memohon kepada Allah agar diberikan teman bersama2 dengan baginda. Adalah merugikan jika ahli menjauhkan diri dengan Persatuan. Persatuan tidak mampu menjaga semua hati manusia. APAKAH DENGAN MEMBUAT BAYARAN YANG SAMA , AKAN MENARIK AHLI LEBIH RAMAI ? Bagi mereka yang aktif pula memandang dengan membuat pembayaran yang sama , lebih baik mereka bersama2 dengan mereka yang kurang aktif dan akhirnya tiada lagi apa2 aktiviti, keselamatan tidur malam tiada kawalan dan Persatuan dibubarkan. Siapa yg rugi ….kita semua. Kalau miss f mempunyai idea , sila kemukakan.

Soalan 3
Jurang di antara AJK dan Ahli Biasa?

Memang dalam mana2 Persatuan terdapat Jurang antara AJK dan Ahli Biasa. AJK membuat kerja dan Ahli Biasa melibatkan diri dalam aktiviti. AJK dan Ahli Biasa sama2 bekerja. Letih dan Penat. Tapi amanah yang telah diberikan , kami tetap meneruskan amanat tersebut. Untuk makluman , tidak semua AJK aktif. Datang la ke surau darul jannah , bagi merapatkan jurang. . ( soalan terlalu umum ). Kalau miss f mempunyai idea , sila kemukakan.

Soalan 4
Wujud Perasaan Senior dan Junior dan tidak semestinya senior itu mempunyai idea yang bagus, mana tahu idea junior lagi bagus dari senior?

Kita semua tidak boleh menafikan memang sebagai manusia akan wujud perasaan ini. Sama ada di tempat kerja,sesama adik beradik apatah lagi berpersatuan. Namun iman dan taqwa yang membeza kan kita. Sebagai orang islam, sepatutnya perasaan ini tidak wujud namun kita tetap manusia yang lemah. Tidak pernah terlintas bahawa idea senior lebih bagus dan tidak dinafikan idea junior lagi bagus. Apakah selama ini aktiviti yang telah dilakukan oleh Persatuan tidak bagus. Dalam setiap meeting , kami membuka ruang bersoal jawap namun tiada yang berani membuka mulut. Tak semua idea2 yang diberikan boleh diterima. Jangan memaksa orang untuk menerima idea kita. Namun kami menerima semua idea2 dan kami letakkan keutamaan dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Kalau miss f mempunyai idea , sila kemukakan.

Soalan 6
Setiap perkara yang memerlukan kata sepakat, tidak dibawa ke meeting. kalau dibawa ke meeting sekalipun, keputusannya telah ada di mana keputusan tersebut dibuat sesama AJK induk sahaja?

Kami pernah membawa semua perkara dalam meeting. Terlalu bayak idea dan cadangan. Buat kerja hanya AJK. Takan semua idea perlu dilakukan. Akhirnya tiada keputusan yang dicapai. Membuang masa dan merugikan ahli. Sukar untuk membawa semua perkara di dalam meeting sesama ahli. Kadang2 tiada pencatit. Banyak sangat idea dan perkara , tak sempat kalau di catit. Kekadang juga tak semua AJK yang hadir kerana komitmen kerja. Jangan memaksa orang menerima idea2 kita.Namun kami tetap menerimanya. Kalau miss f mempunyai idea , sila kemukakan.

Saya menghargai Perbezaan Pendapat. Saya menerima segala komen-komen sebagai sesuatu yang inginkan melihat Persatuan menjadi lebih mantap dan kukuh. Saya tidak akan menjadikan perbezaan pendapat sebagai Penderhakaan. Dengan meletakkan Al-quran dan Hadis di hadapan dalam setiap tindakan saya , terima kasih sekali lagi.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN
Pengerusi

9 09 2010
Mdm WS

Salam Aidilfitri…
Terlebih dahulu saya mohon maaf di atas kealpaan tidak alert mengenai meeting kawalan keselamatan baru2 ini. Mmg x dinafikan saya jarang2 melayari blog persatuan di atas kekangan masa. Oleh itu saya mohon utk mdptkan info bayaran yg perlu dibayar & bagaimana.
Sekali lagi saya mohon maaf di atas kecuaian & kelewatan ini & di sini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfiri kpd semua penduduk ACTDJ, berhati2 di jalan raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: