Walimatul Urus @ 97/11

31 12 2010

Jemputan Walimatul Urus Rumah Saudara Abdul Rashid Hj Mansur & Ku Nooraza di No. 97, Jalan Jati 11

Dengan Besar Hati & Penuh Kesyukuran

Mempersilakan  Tuan/Puan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Seisi Keluarga

Ke Majlis Perkahwinan Siti Baizurah Bt Abd Rashid denganMohamad Mustakeem Bin Mohamad

Tarikh : 2hb Januari 2010 (Ahad)

Tempat : No. 97, Jalan Jati 11.

Aturcara : 11.30 – 4.00 ptg Jamuan Makan

Ketibaan Pengantin : 1.45ptg

Semoga dengan kehadiran & doa restu semua akan menyerikan majlis ini & mudah mudahan ianya akan diberkati Allah SWT.





Selamat Tahun Baru 2011

31 12 2010

Selamat Tahun Baru 2011

dan Selamat bercuti






Selamat Hari Krismas 2010

22 12 2010

Selamat Menyambut Hari Krismas

Kepada yang menyambutnya

& Selamat Bercuti kepada yang lain

Berhati-hati di jalan raya





Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin @ 34

14 12 2010

Jemputan Ke Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin Di Rumah Saudara Jaafar & Nor Naimah – 34 Jalan Jati 10.

Tarikh : 18hb Disember 2010 (Sabtu)

Tempat : No. 34, Jalan Jati 10.

Masa : 11.30 pagi

Nota :

SMS dari Tuan Rumah :-

Assalamualaikum

Sukacitanya kami Jaafar & Nor Naimah sekeluarga  ingin menjemput tuan/puan ke Majlis kesyukuran dan Bacaan Yassin pada 18/12/2010 (sabtu) jam 11.30pagi.

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi Majlis Kami.

Terima Kasih





Ceramah Awal Muharram @ 11.12.2010

7 12 2010

Ceramah Sempena Awal Muharram

 

Sempena Menyambut Awal Muharram 1432H

Pihak AJK Surau Darul Jannah akan mengadakan satu Ceramah seperti berikut :-

Ceramah Sempena Awal Muharram

Tarikh : 11hb Disember 2010 (Sabtu)

Masa : Lepas Maghrib

Tempat : Surau Darul Jannah

 

Nota :

Semua Penduduk dijemput Hadir





Salam Ma’al Hijrah 1432H

5 12 2010

Salam Ma’al Hijrah 1432H

Pihak Persatuan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua umat islam

dan Selamat bercuti kepada yang bukan Islam

Doa Akhir Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca beberapa minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu asar)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan engkau Berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampuninlah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dr kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga- moga Allah SWT mencururi rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa Awal Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib hari awal tahun Hijrah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kpd keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu2nya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yg banyak mendorong kpd kejahatan dn kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yg boleh mendekatkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yg merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah SWT mencururi rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat- sahabatnya sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.





Mesyuarat Bulanan @ 8-12-2010

2 12 2010

Mesyuarat Bulanan untuk Bulan December 2010

Tarikh : 8hb Dec 2010 (Rabu)

Tempat : Pondok  Jalan Jati 10.

Masa : 8.45 malam

Agenda :

1) Status KRT

2) Jadual Bertugas Untuk Bulan Januari

3) Memperkenalkan Pelekat/Sticker kenderaan

Pelekat akan mula dijual dengan harga RM3 pada hari tersebut.