Happy Chinese New Year 2011

31 01 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2011

untuk yang berkenaan

Kepada yang lain selamat bercuti & berhati-hati di jalan raya

Advertisements




Walimatul Urus @ No. 6

17 01 2011

Jemputan Walimatul Urus Majlis Perkahwinan Puteri Sulung
Saudara Mohd Som & Noraini Bt Abdul Ghafar

Pada : 29 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : No. 6 Jalan Jati 9.
Aturcara :
12-4ptg Jamuan Makan
1.30ptg Bersanding

 

Nota :

Semua Penduduk Dijemput Hadir

 





Mesyuarat Agung Kali Ke 2

12 01 2011

Mesyuarat Agung Kali Ke 2

Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra

Nilai, Nilai, Negeri Sembilan (PPTDJAPPNNNS)

&

Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

Tarikh : 29 Jan 2011 (Sabtu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Padang Permainan, Jalan Jati 12 Taman Desa Jati (Acacia Park)

Semua Penduduk Dijemput Hadir





Hari Keputeraan YDPB N9 14/01/2011

11 01 2011

DAULAT TUANKU

BIODATA DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Anakanda kepada Tuanku Munawir Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah adalah satu-satunya putera daripada enam adik-beradik.

Baginda dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Tunku Besar Tampin dan Sekolah King George V, Seremban. Selepas itu, Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree England di peringkat O-Level dan A-Level sebelum menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di University of Wales, Aberyswyth, Wales hingga memperoleh ijazah LLB pada tahun 1970.

Setelah menamatkan pengajian Baginda pulang ke tanah air dan menceburi kerjaya dalam pelbagai bidang, termasuk perbankan, kewangan dan pengiklanan. Berkat ketekunan dan pendedahan yang baginda terima sepanjang menceburi bidang-bidang berkenaan, Tuanku Muhriz diiktiraf sebagai pakar dalam beberapa bidang khususnya perbankan sehingga diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah bank serantau sejak 2006.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani mendirikan rumah tangga pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin dan Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.