Hari Keputeraan YDPB N9 14/01/2011

11 01 2011

DAULAT TUANKU

BIODATA DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Anakanda kepada Tuanku Munawir Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah adalah satu-satunya putera daripada enam adik-beradik.

Baginda dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Tunku Besar Tampin dan Sekolah King George V, Seremban. Selepas itu, Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree England di peringkat O-Level dan A-Level sebelum menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di University of Wales, Aberyswyth, Wales hingga memperoleh ijazah LLB pada tahun 1970.

Setelah menamatkan pengajian Baginda pulang ke tanah air dan menceburi kerjaya dalam pelbagai bidang, termasuk perbankan, kewangan dan pengiklanan. Berkat ketekunan dan pendedahan yang baginda terima sepanjang menceburi bidang-bidang berkenaan, Tuanku Muhriz diiktiraf sebagai pakar dalam beberapa bidang khususnya perbankan sehingga diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah bank serantau sejak 2006.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani mendirikan rumah tangga pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin dan Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: