Tesco baru Nilai dibuka

28 02 2011

Tesco baru Nilai dibuka

Sumber dari Kosmo 28/02/2011


ORANG ramai menyerbu Tesco Bandar Baru Nilai yang mula dibuka kepada orang ramai semalam.


 

NILAI – Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) di Bandar Baru Nilai di sini diserbu orang ramai sempena pembukaan pasar raya besar itu semalam.

Orang ramai mula mengunjungi pasar raya itu seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan pelbagai produk yang menawarkan harga menarik.

Seorang pelanggan, Suhaimi Yusuf berkata, dia datang bersama keluarganya kerana mahu membeli pelbagai barangan yang dijual pada harga istimewa.

Katanya, dengan pembukaan Tesco ini, dia tidak perlu pergi ke cawangan Tesco Extra Seremban 2 untuk membeli barangan keperluan harian.

“Saya sebelum ini pergi ke Tesco Extra Seremban 2 untuk membeli barangan keperluan tetapi sekarang, saya tidak perlu pergi jauh untuk tujuan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. 28/02/2011

Advertisements




Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran @ 174/13

21 02 2011

Jemputan Majlis Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran di rumah saudara Noor Hisyam Hussain No. 174 Jalan Jati 13.

 

Tarikh : 26hb Februari 2011 (Sabtu)

Tempat : No. 174, Jalan Jati 13.

Masa : 12 tgh hingga 2 ptg

 

Nota :

Semua Penduduk di jemput hadir





Gambar Mesyuarat Agung kali ke 2

20 02 2011

Gambar sekitar Mesyuarat Agung Kali ke2 pada 15-02-2011

untuk melihatĀ  gambar seterusnya sila

klik disini





Salam Maulidur Rasul 1432H

15 02 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

 

Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi membawa umatnya ke arah jalan yang benar, mulia dan jalan yang diberkati oleh Allah SWT.

Semoga limpah dan rahmat berkekalan kepada Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat, kerana dengan perjuangan Baginda SAW dan para sahabatlah kita dapat mengecapi kehidupan Islam pada hari ini yang menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.





Jemputan Majlis Aqiqah Cucu @ 91

13 02 2011

Jemputan daripada Saudara Hj Samsudin, Ke Majlis Aqiqah Cucu beliau di rumah no. 91 Jalan Jati 11.

Tarikh : 13hb Feb 2011 (Ahad)
Tempat : No. 91, Jalan Jati 11.
Masa : 12 tengahari (Jamuan makan smpi jam 3.00ptg)

Nota :

Semua Penduduk dijemput hadir





Majlis Kesyukuran, Tahlil & Bacaan Yassin @ 133

10 02 2011

Jemputan seisi keluarga daripada Saudara Jamal & Isteri, Ke Majlis Kesyukuran, Tahlil & Bacaan Yassin di rumah no. 133 Jalan Jati 12.

Tarikh : 12hb Feb 2011 (Sabtu)
Tempat : No. 133, Jalan Jati 12.
Masa : Lepas Isyak (8.45 Malam)

Nota :

Semua Penduduk dijemput hadir





Tarikh Baru Mesyuarat Agung Kali Ke 2

2 02 2011

Mesyuarat Agung Kali Ke 2

Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park)

Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan (PPTDJAPPNNNS)

&

Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

Tarikh : 15 Feb 2011 (Selasa)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Padang Permainan, Jalan Jati 12 Taman Desa Jati (Acacia Park)

Semua Penduduk Dijemput Hadir