Selamat Hari Pekerja 2011

29 04 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Pihak persatuan mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua Penduduk Acacia Park  serta taman² terdekat.

Kepada sesiapa yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT





Jemputan Majlis Tahlil, Kenduri Kesyukuran & Cukur Jambul @ 244 JJ14

29 04 2011

Jemputan Majlis Tahlil, Kenduri Kesyukuran & Cukur Jambul @ 244 JJ14

Anjuran Bersama Sdr. Syukri 244 & Sdr Ayob (Pak Ayop) 198

Majlis Tahlil, Kenduri Kesyukuran & Cukur Jambul

Anjuran Bersama Sdr. Syukri 244 & Sdr Ayob (Pak Ayop) 198

Tempat : No. 244 Jalan Jati 14.

Tarikh : 2hb Mei 2011 (Isnin)

Masa : 2 Petang

Nota :

Semua Penduduk dijemput Hadir





Jadual Latihan Futsal

20 04 2011

Jadual Terkini Latihan Futsal

Latihan futsal telah diubah  kepada setiap hari rabu malam bermula pada hari ini 20 hb april.
lokasi dan masa kekal seperti biasa.
kesulitan usahlah dikesali sekian harap maklum.

Shah 59 & Faizal 86 (Biro Sukan Persatuan)

Nota :

Sila bawa pakaian yang sesuai ketika latihan.





Laporan gotong-royong 17/4/2011

18 04 2011

Laporan Bergambar gotong-royong 17/4/2011


Alhamdulillah Gotong-royong kali ini berlangsung dengan jayanya

kehadiran amat menggalakkan, mengikut rekod seramai 52 penduduk telah turut serta dalam gotong-royong kali ini.

Kawasan yang dibersihan

– Longkang-longkang belakang & hadapan rumah serta longkang perangkap sampah

– Sekitar taman permainan

Penemuan yang tak sepatutnya ditemui.

– Terdapat pembuangan sisa minyak ke dalam longkang hadapan antara rumah 194 & 248

– Penemuan peralatan memanggang (bbq) yang telah lusuh dan terbiar di kawasan padang

– Melupuskan iklan-iklan haram (tidak sepenuhnya iklan terlalu tinggi)

Kawasan Bahaya

– Longkang perangkap sampah bahagiaan belakang jalan jati 14 antara rumah 223-225, penutup longkang yang mudah di buka, jangan biarkan kanak² bermain dikawasan ini kedalaman longkang kira² 10-15 kaki dalam.

Gambar sekitar gotong-royong klik sini

Terima Kasih

kepada semua penduduk yang terlibat, serta AJK bagi melaksanakan program ini.

Nota :

Di minta semua penduduk menjaga Kebersihan Alam Sekitar





Program Riadah

12 04 2011

Memperkenalkan Program Riadah kelolaan Biro Sukan

 

Salam sejahtera..

Memperkenalkan Program Riadah kelolaan Biro Sukan Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park)
untuk penduduk Taman Desa Jati Acacia Park telah bermula

A) FUTSAL

Hari : Setiap Khamis
Masa : 10mlm – 12mlm
Tempat : Gelanggang B, Gelanggang Futsal Majlis Perbandaran Nilai
Bayaran : RM5 TUNAI setiap sesi sahaja.

Bermula 14hb April 2011

B) BADMINTON

Hari : Setiap Isnin
Masa : 10mlm – 12mlm
Tempat : Gelanggang 1 & 2, Dewan Majlis Perbandaran Nilai
Bayaran : RM5 TUNAI setiap sesi sahaja.

Bermula 18hb April 2011

Hari latihan untuk kedua acara sukan boleh diubah mengikut hasil perbincangan pemain.
Hubungi talian 012-6792143 untuk selanjutnya sekian.

Yang berkhidmat,
Shah 59 (Biro Sukan)





Doa Selamat @ 235_JJ14

9 04 2011

Jemputan Majlis Bacaan Doa Selamat Sempena Kepulangan Isteri Tuan Hj Isa – 235_JJ14 dari Umrah

Tarikh : 10hb April 2011 (Ahad)

Tempat : Surau Darul Jannah

Masa : 2.30 ptg

 

Nota :

Semua Penduduk dijemput hadir





Kem Smart Ibadah : 1 Mei 2011 @ Acacia Park

9 04 2011

Program Ibadah: “Ibadah : Semerbak Harum Acacia”

 

 

Klik Info

Kem Smart Ibadah

Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah

Tarikh : 1hb Mei 2011 (Ahad)

Masa : 8.30 – 6.30 petang

Tempat : Surau Darul Jannah Taman Desa Jati (Acacia Park)

Untuk Pendaftaran Sila Hubungi : 013-3734003 (Khalid)