Selamat Hari Raya Aidifitri 2011

24 08 2011

Selamat Hari Raya Aidifitri 2011

Dengan Kesempatan ini Pihak
Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai,
Nilai Negeri Sembilan, ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Kepada yang memandu ketika balik ke kampung
” Berhati-hati dijalan raya, Pandu cermat Jiwa Selamat” ,
Memandu degan megikut peraturan, Jangan mengikut perasaan.
Kepada yang tidak pulang ke kampung, waspada selalu pastikan No. telefon kecemasan sentiasa diingat
untuk dihubungi,  pastikan topup kredit

(No. Balai Polis Nilai : 06-7991222, Balai Bomba Nilai : 06-7940051).

Kepada yang bertugas selamat bertugas,  Kepada Semua Penduduk & Kepada Pelawat Blog ini, sekali lagi diucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin





Yuran Khidmat Kawalan Keselamatan

20 08 2011

 

Sudahkah Anda menjelaskan YURAN





Majlis Ceramah sempena Nuzul Al-Quran 2011

16 08 2011

Majlis Ceramah sempena Nuzul Al-Quran 2011

 

Assalamualaikum wrt.

Tuan/Puan yang dihormati,

Pihak AJK Penaja Surau Ar-Raudhah akan mengadakan Majlis Ceramah sempena Nuzul Al-Quran pada tarikh dan tempat seperti di bawah;

Tarikh               : 17hb Ogos 2011  (Rabu)
Masa                : Selepas Solat Terawih (9.30mlm)
Penceramah  : Al-Fadhil Ust Kamil dari SM Dato’ Ahmad Said
Bertempat       : Surau Darul Jannah (Di Belakang Jalan Jati 14)

Jamuan ringan / Moreh disediakan selepas majlis

Semua Muslimim & Muslimat Acacia Park , Jati Park dan sekitarnya dijemput hadir bagi kita mempertingkatkan ilmu di bulan Ramadhan Al-Mubarak & memeriahkan majlis tersebut.

” Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan”

Sekian, wassalm
M Hazri (045 JJ10)
Ajk Kebajikan / Bendahari Surau Penaja





Majlis Berbuka Puasa 2011 & Qiamulail @ 13/8/2011

9 08 2011

1) Jemputan Majlis Berbuka Puasa 2011 @ 13/8/2011

Anjuran Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park)



Akan diadakan pada:-

Tarikh : 13hb Ogos 2011 (Sabtu)

Masa : 6.45ptg

Tempat : Surau Darul Jannah

2) Qiamulail 

Pada :  14hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa :  3.45pagi

Tempat : Surau Darul Jannah

Makan Sahur disediakan.

Semua Penduduk Seisi Keluarga Dijemput Hadir

Sila Sahkan Kehadiran Tuan-tuan & Puan-puan melalui e-mail acaciapark.bbn@gmail.com atau SMS 013 3389277

untuk memudahkan Pihak Penganjur membuat persiapan dan juga bagi tujuan mengelakkan pembaziran.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27)