Program Qurban 1432H/2011 Taman Desa Jati

6 10 2011

Program Qurban 1432H/2011 Taman Desa Jati

Kepada Penduduk Kariah Taman Desa Jati yang beragama Islam,
PENYERTAAN IBADAH QURBAN 1432H/2011

 Bersempena Hari Raya Qurban yang akan jatuh pada 10 Zulhijah 1432H (6 November 2011) hari Ahad nanti, pihak AJK Penaja  Surau Ar-Raudah telah bersepakat untuk mengadakan Solat Hari Raya Qurban dan Ibadah Qurban yang julung-julung kalinya diadakan seperti di bawah:

Tarikh     :               10 Zulhijah 1432H (6 November 2011) Ahad

Masa       :               8.00 pagi

Tempat  :               Tapak Surau Ar-Raudhah Taman Desa Jati, Putra Nilai

(Bersebelahan pencawang TNB dan di hadapan Jalan Jati 9)

 Sehubungan dengan itu, kepada penduduk yang ingin menyertai Ibadah Qurban boleh menyertainya dengan mengisi Borang Penyertaan Qurban yang dilampirkan dan dikembalikan kepada wakil yang dinyatakan seperti di bawah borang tersebut. Walau bagaimanapun, memandangkan aktiviti ini merupakan yang pertama kalinya diadakan, pihak AJK telah menetapkan penyertaan korban yang disediakan hanya lembu sahaja dan jumlah lembu yang akan dikorban untuk setiap kawasan perumahan adalah seperti berikut;

                            i. Acacia park – 2 ekor

                           ii. Fresia Home dan Desa Jati – 1 ekor

                          iii.  Jati park – 1 ekor.

 Diharapkan kerjasama dan sokongan daripada semua penduduk dapat melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang dirancangkan untuk kebaikan pembangunan ikatan ummah penduduk di kariah Taman Desa Jati.  Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan, tuan puan boleh menghubungi saya di talian seperti di bawah.

Sekian,terima kasih. Wassalm.

“KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN”

M Hazri (45, JJ10)  Tel : 017-3349988

Pengerusi Program Korban 1432H/2011

Borang Penyertaan Qurban


Actions

Information

2 responses

27 10 2011
Muhammad Muhaimin - Mint

Salam,
Dengan penuh rasa kesyukuran dan segala hormatnya,
Kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik

……Rakan-Rakan, Jiran-Jiran dan seluruh warga Acasia Park….

Seisi keluarga ke Majlis Aqiqah & Qorban anak-anak kami

Afiq Aiman Bin Abu Hatim

Muhammad Muqhorabbin Bin Muhammad Muhaimin

Damia Humaira Binti Abu Hatim

Pada Hari Isnin, 07 November,2011
bersamaan 11 ZulHijjah 1432 Hijriyah
Jam 12:00 hingga 6:00petang

Bertempat di No. 201 Jalan Jati 14, Acasia Park,
Desa Jati, 71800 Nilai

Semoga Kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan
majlis dan diberkati Allah SWT

27 10 2011
Muhammad Muhaimin - Mint - No. 201, Jalan Jati 14.

Jemputan Seisi Keluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: