Badan Khairat Kematian Qariah Masjid Putra Nilai Negeri Sembilan

14 12 2011

Badan Khairat Kematian Qariah Masjid Putra Nilai Negeri Sembilan

Dikelolakan Oleh Masjid Putra Nilai 71800 Negeri Sembilan

Objektif :

Memudahkan urusan kematian bagi Ahli Tabungan di Qariah Masjid
Putra Nilai Memberi bantuan wang & pengurusan Jenazah kepada ahli atau tanggungan bila berlaku kematian di antara mereka

Membimbitkan aktiviti pengurusan Jenazah seperti pembersihan tanah perkuburan & Pengurusan Jenazah
Maklumat Umum :

1. Khairat Kematian ini bukanlah Skim Insuran tetapi berbentuk Tabbaru’ (Tabungan)
yang memastikan senarai Ahli yang menyumbang akan dipertanggungjawabkan
sewajarnya oleh pihak Badan Khairat Kematian.

2. Seseorang Ahli boleh menamakan sebagai orang yang menerima wang
bantuan ini iaitu suami, isteri, & anak (termasuk anak angkat). cucu, ibu bapa,
ibu bapa mertua, menantu, saudara seibu & sebapa, anak saudara seibu & sebapa,
bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa kepada Ahli dengan syarat seseorang itu
boleh menamakan mana-mana orang lain dengan bertulis yang diperakui
sendiri mengikut terma & syarat yang dipersetujui.

Yuran Tahunan RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja)

Tarikh Tutup : 31 Dec 2011

Borang & Bayaran boleh dibuat di pondok kawalan
pada 25-31 Dec 2011, dari jam 5-7 petang

Untuk Pertanyaan
Wakil Badan Khairat
Acacia Park :
017-334 9988 (En Mohd Hazri)
012 262 0940  (En Md Som)