Bacaan Yasin,Doa Selamat & Aqiqah @ No.62 Jalan Jati 10 (9 July 2010)

7 07 2010

Jemputan Seisi Keluarga

Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Aqiqah di rumah Saudara Muhammad Razi Rahiman (62)

Tarikh : 9hb Julai 2010  (Jumaat)

Tempat : No. 62 Jalan Jati 10.

Masa : Lepas Maghrib

Nota : Tuan rumah menjemput semua penduduk seisi keluarga bawalah anak & Isteri.

Advertisements




Alahai Pak Arab @ 18-04-2010

19 04 2010

Acacia Park : Pagi Ahad 18 April 2010 Jam Kira-kira 2.30pagi Seorang Pak Arab yang sempat memberi salam dan bertegur kepada 2 orang petugas rondaan malam “Security Guard ke?” kemudian didapati Pak Arab tersebut berjalan kaki dan terus hilang di lorong gelap antara jalan jati 13 dan jalan jati 14. kehilangan itu telah disedari oleh salah seorang petugas dan pertugas bertindak mengesan kehilangan Pak Arab tersebut. Rondaan berkereta telah dilakukan. Tiba-tiba muncul sebuah Van mencurigakan melalui lorong gelap antara rumah no. 151 dan 150. Petugas bertindak mengejar Van tersebut. Didapati terdapat kira-kira 8 orang di dalam van tersebut dan bertindak menyuluh petugas yang mengejar Van tersebut. Bukan itu sahaja Van tersebut juga telah menghimpit kereta petugas rondaan malam malahan Van tersebut berjaya beredar dari kawasan Acacia Park. Namun begitu petugas terpaksa menghentikan niat untuk mengejar Van tersebut kerana risiko terlalu tinggi 2 lawan 8 mana bisa Pak?

Oleh yang demikian marilah sama2 kita ambil iktibar di atas kejadian tersebut :-.

Rayuan

1) Kepada semua penduduk diminta memberi kerjasama sila hadirkan diri ketika waktu bertugas

2) Sekiranya ada kelapangan sukarelawan diperlukan untuk berjaga di antara jam waktu tidak dapat di taip di sini (sila cek email) sekurang kurangnya, penjenayah tidak boleh mengagak waktu kita bertugas.

Tindakan awal yang telah diambil

1) Pondok telah dipindahkan berhampiran Jalan Jati 10 iaitu jalan masuk utama

Utamakan keselamatan

1) Sekiranya anda mendapati ada sebarang jenayah atau sesuatu unsur yang berbentuk jenayah sila laporkan kepada pihak polis sila dail 999 atau 06-7991222 (Balai Polis Nilai)

2) Petugas tidak digalakkan untuk bertindak bersendirian, penjenayah boleh bertindak di luar jangka. Petugas

Rondaan Malam

1) Sekiranya ada kecemasan anda digalakkan membuat bising seperti membunyikan hon berulang-ulang, tiup visel, dan apa juga cara untuk mengambil perhatian jiran terdekat.

2) Sila bawa kenderaan ketika bertugas terutamanya Kereta.

Berikut adalah laporan yang saya terima & tindakkan awal yang telah dilaksanakan demi keselamatan penduduk sekiranya ada kesilapan dari segi laporan harap maaf.

Kepada semua penduduk kerjasama anda amat kami hargai

nyawa lebih berharga dari harta benda

Sekian Terima Kasih





Aktiviti Sukan Bola Sepak @ MPN 25-04-2010

18 04 2010

Aktiviti Sukan Bola Sepak @ MPN


Tarikh : 25hb April 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 – 10.30pagi

Tempat : Padang Majlis Perbandaran Nilai

Tujuan : Memupuk semangat kesukanan & kesedaran bertapa pentingnya bersukan serta meningkatkan tahap kesihatan badan

Nota : Sesiapa yang berminat dijemput hadir, Sila bawa kelengkapan yang sesuai.