Komen & Cadangan

Sekiranya anda mempunyai Komen atau Cadangan bolehlah berbuat demikian di ruangan ini :-

– Sekiranya anda penduduk Acacia Park sila Sertakan Nama & No. Rumah

– Sekiranya bukan penduduk sila sertakan Nama dan alamat E-mail

Untuk memudahkan kami memberikan maklum balas.

Nota:

Sebarang pertanyaan tentang bilik/rumah Sewa adalah tidak digalakkan.

114 responses

18 02 2010
abg kassim

salam..

1) Mohon di adakan ruangan aktiviti persatuan.
2) Kenapa nama pengerusi persatuan tak lengkap?

19 02 2010
acaciapark's admin

Salam

Tuan abg kassim

1)
Ruangan aktiviti persatuan masih dalam proses pembikinan & bahan-bahan yang mantap masih belum mencukupi untuk dipertontonkan.

2)
Maaf ada sedikit kesilapan (typing error) namun kami mengharap agar ia tidak menjejaskan kredibeliti Pengerusi persatuan.

Sekian Terima Kasih

1 04 2011
puan rose

Salam.
Maaf mencelah. Saya ingin bertanya tentang rumah di acacia park. Ada tak sesiapa yang tinggal di rumah jenis acacia park premium? Kalau ada tlg reply ya kerana saya ada soalan yg ingin ditanya. Terima kasih

15 06 2012
farah

Salam.. sye farah.. sye nk tny la ada x rumah sekitar kawsan Taman Desa Anggerik yang untuk dijual..

2 03 2010
Fazli

Diharap admin dpt upload senarai AJK yang baru sesi/penggal 2010-2012.

2 03 2010
Biro Penerangan

Salam

Tuan Fazli

Mungkin terlepas pandang senarai AJK untuk sesi 2010-2012
terdapat pada link tersebut :-
https://acaciapark.wordpress.com/organisasi/

Sekian Terima Kasih

3 03 2010
Fazli

Terima kasih. Mungkin dibawah pautan pada Menu Categories—> AJK appear yg lama (2009).

19 03 2010
shahirah

kami student usim..saya dan kwn2 mencari rumah sewa di acacia park…bole x mr and mrs admin bantu kami untuk mendapatkan rumah sewa…sekiranya ade rumah yg nk disewakan di acacia park…..urgent..
hubungi saya di emel ini…sekian trime kasih

19 03 2010
Biro Penerangan

Yang Berkenaan/ Sudent USIM,
Buat masa ini tiada lagi rumah untuk disewakan.
Pihak Kami pun tidak mendapat sebarang informasi tentang rumah untuk disewakan,
Oleh yang demikian rajin-rajinlah servey,
mungkin ada tuan rumah yang baru letak iklan rumah untuk disewa.

Sekian Terima Kasih

28 03 2011
najwa

ada k rumah untuk disewa di acacia…

8 03 2011
Rizal

Salam Shahirah.

Saya ada rumah untuk di sewa di Desa Anggerik. Berdekatan dengan USIM.

Jika berminat boleh hubungi saya 012 690 1306.

Tq.

16 08 2011
Cik Fatin

salam shahirah,
saya ada bilik untuk disewakan di Jati Park.
jika berminat boleh hubungi saya di 0149691769

24 03 2010
Pn. Yanie

Salam,

1) Kami sekeluarga baru berpindah ke Acacia Park (Lot 105, Jln Jati 11) dan berminat untuk menyertai RT Acacia Park. Cuma ingin bertanya adakah rondaan yg dijalankan merangkumi satu taman acacia memandangkan kon RT hanya diletakkan bermula di Jln Jati 13 (if tak silap).

Sekian. Terima kasih.

24 03 2010
Biro Penerangan

Waalaikum Salam Pn Yanie

1) Selamat datang Ke Taman Desa Jati Acasia Park. Penglibatan anda amat dialukan.

Jawapan :
Rondaan Malam buat masa sekarang adalah merangkumi keseluruhan Taman, itu bergantung kepada Jumlah ahli yg hadir berjaga malam,
sekiranya ahli yg hadir cuma 2 org maka tidak digalakan untuk menbuat rondaan, takut2 hal yg tidak diingini berlaku.
meraka akan memantau pergerakan kenderaan keluar masuk di kawasan Taman.

Insyaalah penghujung bulan 4 atau awal bulan 5, kon / pondok akan diletakkan kehadapan sikit iaitu jalan masuk utama.

Nota :
Sekiranya berlaku kecemasan sila bunyikan alarm kereta atau menghubungi jiran terdekat.
Senarai no. tel jiran boleh di download diruangan download. Sila sms ke 0133329277 (no. hp. persatuan) untuk mendapatkan pasword.

sekian

25 03 2010
Pn. Yanie

Terima kasih atas feedback dan info yang diberikan.

5 04 2010
salim

As-salam,
saya tinggal di jalan jati 8 rumah semi D freesia home yg depan padang tu…… disebabkan rumah jenis nie satu row jer……. saya tak tau boleh ker join RT Acacia Park.
Kalau ikut kan Desa Jati nie besar………. area rumah lama yg single storey tu, rumah apartment / flat dekat bomba tu, freesia home, acacia park & yg baru jati park. Kalau gabungkan semuanya dlm satu committee boleh jadi besar macam RT desa anggerik or desa kolej. Tapi pihak developer dah pecah2kan development utk desa jati nie ikut phase. So kita tak tau yg mana desa jati. Even papan tanda Desa Jati pun tak ada.
Lagi satu nak tanya pendapat penduduk. Acacia Avenue tu banyak lot kedai. Paling banyak kedai makan. Sesuai tak kalau bukak fresh market jual barang basah (ikan, ayam, daging, sayur etc) dan barang kering (telur, bawang, beras, rempah etc) termasuk jugak buah2an. Bukan saja menyediakan keperluan barang dapur utk penduduk Desa Jati tapi utk Desa Anggerik, Desa Kasia & Desa Kolej.
Tq.

5 04 2010
Biro Penerangan

Wa’alaikum salam Saudara Salim,
Terima kasih kerana sudi melawat laman kami yang tidak seberapa ini.

Intro Persatuan:
Tujuan Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan (PPTDJAPPNNNS) ialah seperti berikut :-

1. Merancang dan menjalankan aktiviti penduduk bagi meningkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama bagi melahirkan komuniti yang bersatu, berbudi dan penyayang berlandaskan prinsip hormat menghormati dan bekerjasama.

2. Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, swasta, institusi-institusi dan badan-badan bukan kerajaan, bagi mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

3. Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak-hak penduduk supaya penduduk dapat tinggal dengan aman, tenteram, selesa dan harmonis

4. Memupuk semangat bersatupadu, bekerjasama, kekeluargaan dan interaksi bukan sahaja dikalangan penduduk di Taman Desa Jati (Acascia Park), Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan tetapi dikalangan jiran samada di dalam kawasan atau di luar kawasan Nilai

Syarat-syarat Keahlian

Ahli Biasa
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang memiliki atau menyewa di Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.

Ahli Bersekutu boleh diterima masuk sebagai ahli PPTDJAPPNNNS kepada semua ahli yang bukan warganegara Malaysia tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

1. Berusia 18 Tahun dan ke atas
2. Penyewa atau Pemilik di Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.
3. Memasuki Negara Malaysia secara sah.
4. Tidak mempunyai rekod jenayah dan ahli mana-mana pertubuhan pengganas

Seorang pelajar universiti atau Kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli PPTDJAPPNNNS ini kecuali telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Untuk jawapan yang seterusnya tentang RT

Pihak kami masih meneliti syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang dikenakan untuk pendaftaran Pertubuhan Rukuntetangga.


Untuk jawapan Acacia Avenue

Sudah sedia maklum sudah ada sebuah kedai ala-ala mini market telah dibuka di Acacia Avenue namun begitu pihak kami juga mengharapkan agar ada persaingan yang sihat supaya pengguna dapat bertindak dengan bijak untuk membeli barangan keperluan harian.

Sekian Terima Kasih

23 02 2011
puan rose

salam. i nak tanya tentang rumah di freesia home. i nampak ada 2 buah rumah kosong disitu. saya berminat nak beli. boleh saya tahu dengan siapa saya harus berhubung? terima kasih.

14 02 2012
ifa

saya pun berminat nk beli rumah di situ..tgk2 td ada ksg lagi, tp x tahu pd siapa nk dihubungi..puan rose dh tahu ke siapa ownernya??

1 05 2011
arief

Assalamualaikum en.salim,maaf sebab bertanya diruangan ini..saya nak tanye sikit pasal rumah stingkat di jalan jati yg sebaris dengan rumah encik..saya lihat ada duah buah yang kosong..kakak saya yang bekerja dekat putrajaya bermnat untuk membeli rumah tersebut sekiranya masi kosong..boleh saya pihak mana saya perlu berhubung untuk bertanyakan pasal rumah tersebut..trimakasih.

19 04 2010
Yus

Salam.

Sekarang ni musim facebook. Mungkin kita pun boleh ada facebook sendiri utk persatuan kita. Tapi tu lah, kesian admin nak maintain banyak benda🙂.

TQ

19 04 2010
Biro Penerangan

Wa’alaikumsalam
Saudara/Saudari Yus
Terima kasih atas kesudian anda memberikan cadangan.
Pada pengetahuan saya facebook (FB) telah wujud sejak February 2004 dan mula popular sekitar August 2005.
Untuk Persatuan tiada masaalah. Tetapi kami masih mengkaji pro & kontra FB ni.
buat masa kini cukuplah hanya wordpress & email (googlegroup) sahaja
yang menjadi perantara jalinan komunikasi maya antara persatuan & penduduk serta ahli.

sekian terima kasih
Muda Retor

20 04 2010
Yus

betul la tu en Mod..cuma semenjak dua menjak je dia popular dan tokeynye untung gila2.
tapi tu lah..mana la kita semua ada masa sangat kan nak tengok komputer je..dan kesian gak kat Mod, nanti byk kerja..huhu…

btw, happy also to have this kind of medium (wordpress) for communication purposes..

TQVM.

24 04 2010
Yazid_Era/158

Kami ni ownner rumah no.158…kami sewakan psd student USIM early July soon..Harap tlg pantau klau2 nampak/dengar perkara2 yg tidak elok….T.Kasih…

24 04 2010
Biro Penerangan

Assalamualikum Tuan Yazid_Era
Insyaallah kami akan pantau tetapi tidak menyeluruh.
Seperti sedia maklum student ni biasanya ramai.
Student yang sedia ada menyewa dikawasan kami pun kami tidak berapa kenal
dan sering bertukar-tukar penghuni.
Adakan lebih baik jika Tuan memberikan syarat atau aggrement kepada student berikut
apabila hendak menyewa rumah tuan dan mengambil segala butiran yang sepatutnya.
Apa yang pihak persatuan telah lakukan adalah melantik seorang ketua rumah, supaya
segala urusan atau laporan boleh dirujuk kepada ketua rumah.

Sekian Terima Kasih

25 04 2010
Izhar

Assalamualaikum…

Apa khabar semua? Ingin memperkenalkan diri saya sebagai pemilik rumah 224.
Saya sedang mencari penyewa baru untuk rumah tersebut. Rumah ini boleh diduduki bermula bulan Julai 2010.

Jika ada sesiapa yg berminat bolehlah menghubungi saya melalui email.

Terima Kasih, wassalam..

25 04 2010
Biro Penerangan

Waalaikumsalam

Khabar baik terima kasih.
Saudara inilah berita yang sering dinantikan oleh pelajar terutamanya pelajar USIM.
Beliau sedang mencari rumah untuk disewa.

Sebagai wakil penduduk saudara digalakkan supaya memberi sewaan yang berpatutan dan tidak membebankan
pelajar-pelajar tersebut untuk menyewa. walaupun mereka sanggup membayar berapa sahaja nilai sewaan, lokasi juga amat strategik & jangan pula amik kesempatan. Namun Tuan punya Rumah berhak menetukan kadar sewaan yang ditetapkan.

Nota : Tuan rumah tak senaraikan pulak jenis-jenis penyewa.. student kah?.. orang awam kah?.. orang tempatan kah..?

Sekian Terima Kasih

25 04 2010
Izhar

Terima kasih diatas maklumbalas dan nasihat dari pihak saudara. Segala pandangan dari pihak saudara amatlah dihargai.

Tiada kriteria tertentu untuk penyewa, walaubagaimanapun pelajar dan orang yang berkeluarga akan diberi keutamaan.

Terima kasih dan wassalam..

8 05 2010
zul

Salam Saudara izhar, saya agak berminat untuk menyewa rumah saudara.
Boleh saya tahu, bagaimana saya boleh menghubungi saudara.
Bolehlah sertakan alamat emel saudara atau pun nombor telefon untuk kita berurusan.
terima kasih.

28 03 2011
najwa

masih kosong lagi ke rumah tu?

21 11 2012
ismi

salam…rmh en dah ade org sewa ke??

29 04 2010
Watie@Suhaimi

Salam,

Salam perkenalan dpd penghuni baru Acacia Park (AP), 106 jln jati 11…

Kami berminat nak join persatuan & rukun tetangga di AP ni tapi masih belum ada kesempatan utk attend….Insyaallah for the next meeting….

Just nak tanya la…kami ada tdengar desas desus agar row AP Premier diminta buat rondaan sendiri….so persoalannya kenapa mesti ada perbezaan, sedangkan kita di bawah 1 taman yg sama & diharap perkara ini tidak berlaku demi keselamatan bersama…..

TQVM :))

29 04 2010
Biro Penerangan

Wa’alaikum salam
Selamat datang ke Taman Desa Jati Acacia Park
Penglibatan tuan amat dinantikan.

Menjawap tentang desas-desus & persoalan berikut.
Pihak kami agak terkejut dengan persoalan ini
Kemungkinan persoalan ini ada sedikit salah faham.
Pihak kami akan mengkaji & menyiasat tentang persoalan ini
Insyaallah kami menjawap persoalan ini secepat yang mungkin.

Sambungan :
Pihak kami tidak mendapat laporan daripada penduduk berkaitan desas-desus ini.
Sekiranya perkara ini benar berlaku. anda boleh melaporkan kepada kami. melalui email, sms, atau surat bertulis & alamatkan kepada persatuan.

Mengikut rekod kami atau jadual bertugas untuk rondaan malam kami tidak meletakkan atau mengkhaskan nama petugas mengikut kategori rumah. malahan kami meletakkan min. 5 orang dalam satu hari dalam satu masa bertugas. Kecuali ada ahli yang tidak hadir bertugas.

Tuan janganlah bimbang biasanya kami akan meronda keseluruhan kawasan sekitar ketika bertugas. Kami tidak menggalakkan petugas meronda berseorangan atau berdua-duaan. sekurang-kurangnya 3 orang.

Setiap petugas sekiranya hadir berseorangan atau berdua dinasihatkan supaya tidak perlu bertugas, bagaimanapun petugas boleh menghubungi rakan yang bertugas pada hari tersebut supaya hadir bertugas. No telefon ada di buku log. sekiranya masih berseorangan atau berdua, anda dinasihatkan balik sajalah. tapi jangan lupa isi buku log.

Penduduk juga dinasihatkan supaya memberikan komitmen pada rondaan malam. Sentiasa peka kepada keadaan sekitar dan sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.

Sekian Terima Kasih.

Soalan Kami dari manakah tuan mendapat sumber desas-desus ini?

1 04 2011
puan rose

salam puan watie. u tinggal di AC(P) ke? Boleh bg email add u? I ada soalan sikit nak tanya u. Terima kasih

1 05 2010
Watie@Suhaimi

Terima kasih di atas penerangan yang diberikan & kami berasa sungguh berbesar hati utk menyertai persatuan AP kelak…

Desas-desus tersebut mungkin datangnya dari salah faham & saya rasa isu ini tidak perlulah diperbesarkan…..

3 05 2010
zaza

banyak aktivit dijalankan , amat naik, dah nampak kecemerlangannya, tahniah, tapi rohani saya belum nampak lagi.
Satu lagi, kenapa kat taman ni, persatuan tak nak mohon surau, dan sebagainya yang sesuai untuk kita berkumpul. baru nampak kesatuannya.

4 05 2010
Biro Penerangan

Salam Sejahtera Tuan/Puan

Untuk pengetahuan aktiviti kerohanian ada juga kami laksanakan
seperti solat tarawih, bacaan yassin dll.

Untuk surau pihak kami masih meneliti syarat-syarat yang dikehendaki
tetapi masih belum memohon insyaallah info terkini akan diberitahu dari masa ke semasa.
seperti sedia maklum kepadatan penduduk masih belum ramai & segala kerjasama dari penduduk diperlukan
dan khidmat serta nasihat dari individu berpengalaman dan berpengetahuan juga diperlukan dalam hal ini.

Terima kasih di atas komen & cadangan yang diberikan.

sekian

8 05 2010
zul

Kepada Saudara izhar, saya agak berminat untuk menyewa rumah saudara.
Boleh saya tahu, bagaimana saya boleh menghubungi saudara.
Bolehlah sertakan alamat emel saudara atau pun nombor telefon untuk kita berurusan.
terima kasih.

8 05 2010
Biro Penerangan

Salam Saudara Zul
Berikut adalah alamat email saudara Izhar : izhar.ayub@gmail.com

Sekian

18 05 2010
salim

MOHON BANTUAN KENDERAAN HILANG / DICURI

BUTIR KENDERAAN
BRAND : TOYOTA
MODEL : AVANZA 1.3 – MANUAL
COLOUR : GOLD (KUNING KEEMASAN)
PLAT NO : WNB 7280
LOKASI HILANG / DICURI : DESA JATI, PUTRA
NILAI

SILA HUBUNGI 019-2071764 JIKA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKENAAN KENDERAAN DI ATAS.
ADA GANJARAN SEKIRANYA KENDERAAN DITEMUI.

18 05 2010
naen

saya ingin menjadi ahli jika berpindah ke sana, apakata kalau saya tak dapat join semua aktiviti yang dijalankan, adakah saya akan disenaraihitamkan? harap dapat penjelasan. saya suka suasana kondusif dan privacy.kerana saya bnyk masalah.

19 05 2010
Biro Penerangan

Salam Tuan

Tujuan Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Desa Jati (Acacia Park) Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan (PPTDJAPPNNNS) ialah seperti berikut :-

1. Merancang dan menjalankan aktiviti penduduk bagi meningkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama bagi melahirkan komuniti yang bersatu, berbudi dan penyayang berlandaskan prinsip hormat menghormati dan bekerjasama.

2. Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, swasta, institusi-institusi dan badan-badan bukan kerajaan, bagi mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

3. Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak-hak penduduk supaya penduduk dapat tinggal dengan aman, tenteram, selesa dan harmonis

4. Memupuk semangat bersatupadu, bekerjasama, kekeluargaan dan interaksi bukan sahaja dikalangan penduduk di Taman Desa Jati (Acascia Park), Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan tetapi dikalangan jiran samada di dalam kawasan atau di luar kawasan Nilai

23 06 2010
tasya

Assalamualaikum… maafkan saya kerana menumpang ruangan ini utk kegunaan peribadi.
saya berhasrat mencari penyewa wanita utk bilik-bilik di rumah saya yg terletak di acacia park. tiada kriteria yg disyaratkan sama ada pelajar atau yg sudah bekerja asalkan bakal penyewa ialah perempuan.
sekiranya ada sesiapa yg berminat, bolehla hubungi saya di alamat email: aiis0304@yahoo.com
sekian, terima kasih.

30 06 2010
azmani@man 112

assalamualaikum
salam perkenalan
maaf tak dpt join meeting baru ni
baru godek website ni
ada up coming football match, training?
sblm ni tak berkesempatan

29 07 2010
Biro Penerangan

Wa alaikum salam Tuan.

Info akan di maklumkan melalui sms atau email.

Sekian Harap Maklum

23 07 2010
Nizar

Assalaamu alaikum,

Saya pemilik rumah No 44 Acacia Park. Penyewa rumah saya mengadu air hujan tempias ke dalam dapur dan mohon supaya dipasang ‘awning’ di belakang rumah. Kepada pemilik-pemilik lain yang dah pasang, boleh saya tau berapa harga untuk 20’x6′.

Terima kasih.

Wassalam.

29 07 2010
Biro Penerangan

Waalaikum salam Tuan,

Pada kebiasaanya pemilik atau penduduk akan membuat grill & owning kira lamsam.
saya mencadang agar pihak tuan menghubungi sendiri
tukang (pembuat grill) yg terdekat untuk mendapatkan harga yang dikehendaki.

Sekian Harap Maklum

26 07 2010
HASNOR B BAHAROM

Salam…….saya mencadangkan kita semua warga desa jati agar dapat mendaftar sebagai pemilih di kawasan kita. Faktor ini yg akan menguatkan lagi segala aduan dan juga permintaan.
Seperti:-

1.Segala kemudahan asas yg rosak.
2.memohon pembinaan Sekolah.
3.memohon sebuah Pondok Polis.
4.memohon tadika kemas bagi penduduk yg kurang berada.
5.memohon pada mains agar membina sebauah surau yg serba lengkap.

29 07 2010
Biro Penerangan

Wa alaikum Salam Tuan,
Terima Kasih di atas cadangan Tuan
Isyaallah akan kami usulkan & panjangkan ke pihak Persatuan.

Tentang Perkara 1-5 juga akan bawa sekali.

Sekian Harap Maklum

3 09 2010
Adnan Aboo Bakar

Salam Perkenalan,

Saya adalah merupakan pemilik salah satu rumah di taman ini. Pohon khidmat nasihat berhubung kadar penyewaan rumah di kawasan ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat

6 09 2010
Biro Penerangan

Salam Perkenalan
Kadar Sewaan dalam lingkungan RM700-RM1000
itu pun bergantung kepada pemilik itu sendiri.
Tetapi pihak kami menasihatkan agar kadar sewaan haruslah berpatutan.

21 09 2010
Salleh Amat

Assalammaualikum,
terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas kesungguhan AJK semua yang perihatin terhadap keselamatan dan keselessan taman ini. Saya masih belum menduduki rumah di taman ini sepenuhnya (insyallah tahun depan) tetapi sentiasa menyokong aktiviti dan program yang dijalankan. Insyallah akan menjadi ahli (kadar segera) sebagi sokongan kepada AJK dan smeua penduduk di sini. Saya harap selepas ini saya akan dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Insyallah. Tidak kelewataabn untuk saya mengucapkan “Selamat Hri raya maaf zahuir batin”.
wassalam

Salleh Amat
111, Jalan Jati 11
0193327394

22 09 2010
Zul & Siti

salam perkenalan

saya owner satu rumah kat jati park, fasa akhir, baru dapat surat complete suruh bayar untuk clearence chit, kunci rumah next week baru dapat. Saya ada beberapa persoalan di sini…

1. boleh saya jadi ahli persatuan? nak tahu kawasan coverage untuk jadi ahli kawasan ini, berapa yuran dll

2. dalam tempoh sebelum dapat CFO boleh tak saya masuk rumah ukur2 sikit, ingat nak tempah grill dan awning parking dulu, ada kedai buat grill tak yang berdekatan atau yang harga berpatutan?

3. last sekali, ada tak apa2 nasihat untuk penghuni baru untuk kawasan ni, pasal isu keselamatan ke, jaminan rumah dari developer ke, urusan renovation ke

anyway, usaha yang baik mewujudkan persatuan ini, harap kita semua dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni…tq…

23 09 2010
Pengerusi

Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan oleh pihak tuan/puan.

Zul & Siti

Jawapan
1. Setakat ini , Persatuan Penduduk hanya melibatkan taman desa jati acacia park sahaja. Ianya sebagai platform sebelum di terjemahkan ke Taman Desa Jati keseluruhannya. Pihak Persatuan akan masukkan ke dalam meeting Mesyuarat Agung Tahun 2011 dulu bagi mendapatkan keizinan semua ahli Persatuan. Ini bermakna kawasan JATI PARK belum boleh lagi menjadi ahli persatuan. Sekadar makluman, Yuran bulanan RM5 sebulan dan kaedah pembayaran 2 kali iaitu sekali RM30 dan sekali RM60.

2. Terdapat banyak iklan2 sekitar fasa baru di Jati Park.

3. sila rujuk pada laman web Persatuan. Lain2 tanya pada yg Pakar.

Sekian, terima kasih
Pengerusi

26 09 2010
deqlan 185

Salam buat muslimin & muslimah Acacia park,

Sempena bulan Syahwal nie..kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada menyinggung perasaan jiran2 dalam percakapan, gurauan dan tingkahlaku selama ini…

Tentang Persatuan;

Saya ucapkan selamat maju jaya….
Maaf kerana saya tidak dapat mengaktifkan diri 100% kerana tugas(cari makan sekeluarga).

30 09 2010
Hasnor Baharom

Hebahan Tentang Pembinaan Surau Ar-Raudah.

Saya mohon jasa baik pihak tuan agar banyak mempromosikan tentang pembinaan surau ar-raudah didalam halaman web ini serta jika bolih mengambil gambar lot tanah tersebut untuk pengetahuan pembaca serta penghuni diTmn Desa Jati.

terima kasih.

18 10 2010
Admin

Salam Sejahtera
Pihak Persatuan telah menyediakan ruang khas untuk mempromosi surau Ar-Raudhah ini.
Maaf Info masih tidak mencukupi
Insyaallah info akan diupdate dari masa ke semasa
sila klik link :
https://acaciapark.wordpress.com/surau-ar-raudhah/

11 10 2010
MOHD SOM HASHIM

ALHAMDULILAH….
Tahniah kepada semua AJK persatuan jayakan MAJLIS SAMBUTAN HARIRAYA sabtu 9 okt lepas…tahniah sekali lagi.
Alhamdulilah kehadiran penduduk amat baik sekali
Maaf tidak dapat membantu gontong royong tersebut….baru pindah seminggu lepas.Insya-ALLAH dimasa akan datang.
Terima kasih
Mohd Som Hashim
6 Jln Jati 9

11 10 2010
MOHD SOM HASHIM

SALAM,
Untuk perhatian Pengerusi & AJK Persatuan
Didapati padang permainan dijalan jati 9 berlakunya hakisan tebing tanah oleh itu dapat kiranya persatuan membuat aduan kepada MPN untuk diambil tindakan
segera agar tidak berlaku lebih teruk lagi.
Harap maklum
Terima kasih

28 10 2010
Zul

assalamualaikum.
kami student usim..saya dan kwn2 mencari rumah sewa di acacia park…bole x mr and mrs admin bantu kami untuk mendapatkan rumah sewa…sekiranya ade rumah yg nk disewakan di acacia park…Jika boleh kepada penyewa,tawarkanlah harga sewa yang agak bersesuaian kepada kami yang hanya sebagai pelajar….
Jika ada,boleh hubungi saya di emel ini…sekian trime kasih.

29 10 2010
sal

saya mencari bilik sewa di taman desa jati ini. boleh bantu saya? saya perempuan dan bekerja. kalau boleh, housemate yang lain juga bekerja dan masih bujang. sekian, terima kasih..

23 11 2010
Nur

Salam, saya mohon jutaan maaf jika saya tidak bersependapat dengan yang lain, saya tiada harta untuk dijaga, semuanya sementara…

25 11 2010
Roshidy

Tahniah atas blog persatuan penduduk yg berinformasi.

Dicadangkan supaya diwujudkan blog utk Surau Ar-Raudhah juga. Harap dgn cara tersebut akan menarik minat keseluruhan penduduk muslimin & muslimat Desa Jati dan seterusnya dapat meraih lebih sokongan & penglibatan ke atas aktiviti Surau Ar-Raudhah. Insya’allah…

29 11 2010
Pengerusi

Salam….
Terima Kasih kerana keprihatinan En Rosdi..
Untuk pengetahuan semua , Jawatankuasa surau ar-raudhah dalam proses penstrukturan semula dari pelbagai sudut.
Memang dalam perancangan bagi menwujudkan blog utk Surau Ar-raudhah.

Info terkini: Menunggu surat kebenaran dari Majlis Agama Islam N9 untuk mengutip derma.

Terima Kasih

25 01 2011
HASNOR B BAHAROM

salam , Untuk Makluman Semua: Status Pembinaan Surau Ar- Raudhah Sehingga Kini
Adalah Peringkat Penyediaan Lapuran Tanah.
Rujuk Fail: PTS 370/192/10/08

Ext: Puan Suhana
Pejabat Tanah Daerah Seremban,
Negeri Sembilan.

20 03 2011
AZman

Terima kasih Tuan Hasnor….

23 02 2011
raman zaid muslim

Assalamualikum W.r.h &selamat malam,
terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan pemilihan AJK baru@lama dan mengharapkan pemuafakatan semua warga acacia park yang perihatin terhadap keceriaan, keselamatan dan keselesan taman ini.
Saya owner sebuah rumah phase 1 dan masih belum menduduki rumah di taman ini buat masa terdekat @ sekarang dan saya sentiasa mengikuti dan sentiasa menyokong aktiviti2 dan program2 yang dijalankan untuk kebaikan semua warga acacia park. Insyallah saya akan menjadi ahli (dengan kadar segera) sebagai menghargai dan sokongan kepada AJK dan semua warga disini.
Berharap selepas ini dapatlah melibatkan diri secara langsung @ tidak langsung dalam aktiviti yang akan @dirancang Insyallah. sekian wassalam dan selamat malam untuk semua warga acacia park dan putra nilai amnya

Raman zaid
242, Jalan Jati 14
019-3864600

19 03 2011
nurul

salam..mr/mrs Admin….
saya student USIM,nk tahu ada tak rumah untuk disewa di Acasia.Insya Allah,saya nk sewa bln september 2011 ni…sekiranya ada,emailkan saya…terima kasih..salam.

1 04 2011
puan rose

salam. ada tak owner acacia park premium? Kalau ada tlg reply ya. Terima kasih

7 04 2011
aishah

salam…mr/mrs Admin… saya student USIM..ingin mencari rumah sewa dkat desa anggerik..ada x rumah yang ingin disewa dgn harga yang berpatutan..bagi student..kalau ada rumah yang ingin disewa bleh la email dekat saya…

7 04 2011
aishah

SALAM…mr/mrs Admin….
saya student USIM,nk tahu ada tak rumah untuk disewa di DESA ANGGERIK .,saya nk sewa…DENGAN HARGA YG BERPATUTAN KEPADA KAMI sekiranya ada,emailkan saya…terima kasih..salam

10 04 2011
zairol

Salam Kunjung,

Saya mewakili Persatuan penduduk Perdana College Heights di Pajam berbesar hati sekiranya pihak admin blog dapat membuat jaringan ke laman web persatuan PCH di http://pppch.blogspot.com atau Portal Komuniti di http://www.pchrs.com.

Terima kasih,

zairolhamisam mohamed rani
n.pengerusi,
Persatuan Penduduk Perdana College Heights

11 04 2011
muzz ibrahim

sesiapa yang berminat untuk melakukan kerja ubahsuai rumah, sila hubungi saya di talian 0193683687 (muzz)

16 04 2011
Eqbal Mohd

SALAM…mr/mrs Admin….
Saya student USIM, Nk tahu ada tak rumah untuk disewa.saya nk sewa…DENGAN HARGA YG BERPATUTAN KEPADA KAMI.. Sekiranya ada, emailkan saya.. Saya memohon besar kerjasama anda.. Terima kasih.. Salam

21 04 2011
Nessa

Assalamualaikum..
saya puan nessa, bercadang hendak membeli rumah di acacia desa jati bandar baru nilai. jika ada yang ingin menjual sila hubungi email saya. sekitan terima kasih.

23 04 2011
munisyh

salam…sy student usim…nk tnya, ade x umah kat kwsn acacia @ anggerik yang nak di sewakan?…sy sdg mncari rumah…klu ada, emailkan pd sy yea…terima kasih…

26 04 2011
Izhar

Assalamualaikum…

Rumah untuk Disewa. Boleh diduduki berrmula Jun 2011.

Jika berminat boleh menghubungi saya melalui email:
izhar.ayub@gmail.com

Terima Kasih, wassalam..

4 05 2011
asmah

ada bilik kosong utk di sewa….tak?sy sedang mencari bilik sewa…

4 07 2011
ain

salam…sy sfaff usim..nk cri umah area jati @ anggerik..
klau ade tlg emel sy..
ayien1911@yahoo.com

5 07 2011
arul

Salam,

Saya bercadang untuk mengembangkan kemudahan jalur lebar (wifi) saya di sekitar kawasan nilai ke kawasan acacia park dan jati

019-3447181
arctechcyber@gmail.com

20 07 2011
aswad

salam mr. and mrs. admin… sy student usim… skrng sedang mancari r
umah untuk disewa di area acacia… sesiapa yang ingin menyewakan rumah (max=rm 700 )diharapkan dapat memaklumkan kpd saya melalui emel.. kemasukkan oktober 2011

4 02 2012
aishah

saya ada rumah kosong.rm600 di taman desa jati rmh setingkat.hubungi 012-6959920

6 09 2011
zam

ad umh sewa x utk diduduki pelajar lelaki 5-6 org kt jati park?klau ad cpt2 ye email ke nizamsilverlight@yahoo.com

16 09 2011
nor

as salammualaikum…saya berminat untuk membeli rumah teres 2 tingkat di desa jati..hubungi saya sekiranya ada yang ingin menjual…thanks

20 09 2011
asmin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon maaf kerana mencelah disini, saya Asmin dan berminat untuk membeli rumah disekitar Nilai. Dekat taman ni masih ada rumah untuk dijual ke?

27 10 2011
Muhammad Muhaimin - Mint - No. 201, Jalan Jati 14.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan segala hormatnya,
Kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik

Rakan-Rakan, Jiran-Jiran dan seluruh warga Acasia Park yg dihormati

Seisi keluarga ke Majlis Aqiqah & Qorban anak-anak kami

Afiq Aiman Bin Abu Hatim
Muhammad Muqhorabbin Bin Muhammad Muhaimin
Damia Humaira Binti Abu Hatim

Pada Hari Isnin, 07 November,2011
bersamaan 11 ZulHijjah 1432 Hijriyah
Jam 11:00 hingga 6:00ptg (Seisi Keluarga)

Bertempat di No. 201 Jalan Jati 14, Acasia Park,
Desa Jati, 71800 Nilai

Semoga Kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan
majlis dan diberkati Allah SWT

11 11 2011
Hasnor Baharom

assalamualaikum

Sekapur sireh, Seulas pinang, Semekar senyuman, Seikhlas hati,
Dengan rasa kesyukuran kami menjemput

YB/Dato/Datin/ Tuan/Puan
Serta Para Sahabat. Serta Keluarga
Accasia Park..

Menyerikan lagi majlis ikatan kasih bersendikan sunnah Rasullullah
dan berjunjung adat yang berlandaskan syariat.
Puteri Kami

Nor Adzraine Binti Hasnor
&
Mohammad Amir Bin Harun

Sabtu 03hb,12.2011
jam 11.00 pg Hingga 4.00 ptg
Di Teratak Kami: PT 307,Jln Jati 7, Fresia Home

Turut Mengundang Seisi Keluarga

HASNOR HJ BAHAROM / SAUDAH HJ MAT ( 014-7234363)

1 12 2011
Mohd Fauzi Hashim

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Salam perkenalan.

Saya, Mohd Fauzi Hashim, adalah pemilik rumah No. (Lot 24), Desa Jati (Acacia Park Ph2d), (nama lorong saya tidak ingat..) baru mengenali mengenai side ini. Saya kini bertugas di luar negara (Myanmar) dan buat masa ini, kediaman itu kami sewakan kepada penuntut USIM. Mungkin akan pulang bertugas kembali ke Malaysia pada tahun 2013.
Sekalung tahniah kepada webmaster dan harap jika saya pulang bercuti dan berkesempatan ke sana, ingin juga saya bertemu dengan webmaster dan juga wakil lorong / Blok sebagai tanda kenalan.

Salam mesra buat semua.

2 12 2011
AJK BIROKHAS

Assalamualaikum wbkt,
Seorang Hamba Allah hendak sewakan rumahnya di Taman Acacia Park ini jalan jati 11 dengan segera dengan kadar sewa rm1500 bersama beberapa kemudahan(harga sewa boleh dirundingkan) sila hubungi saya….

AJK Birokhas
6 JJ 9

29 04 2013
purnama

wassalam wbt…
macam mane nak hubungi encik???

9 12 2011
Azilan (225)

Mohon untuk adakan ruang untuk Pengiklanan perniagaan dan perkhidmatan dari penduduk2x taman Jati , Putra Nilai supaya sesama ahli taman boleh membeli belah di dalam taman dan mewujudkan aliran kewangan yang sihat sesama ahli juga merapatkan hubungan kejiranan.

14 12 2011
MOHD SOM HASHIM

* PELUANG KERJAYA 2012 *
FULL TIME / PART TIME
Syarat Utama:-
* Warganegara
* Kelulusan SPM / Diploma / Ijazah
* Umur 25 tahun ke atas

Ganjaran Yang Menanti Anda…….
* Pendapatan tiada hadnya
* Bonus 6 kali setahun
* Melancong ke luar negara percuma (umrah / ziarah)
* Mini konvensyen
* Perlindungan takaful berkelompok percuma- PA
* Kumpulan wang simpanan agent (APF)
* Peluang kenaikan pangkat ( AUM / FA / AM / GAM )
* Latihan & bimbingan diberikan (percuma)

Hubungi :-
Mohd Som Hashim
Pengurus Agensi Takaful Ikhlas
PT 12945-B Jln BBN 1/7D Putra Nilai
71800 Nilai N.Sembilan
Tel:- Pej 7996799 / Fax 7996003
H/p:- 012 262 0940 / 012 657 1997
Email:- arrahmah_61@yahoo.com

19 12 2011
aishah

saya sedang mencari rumah sewa brdekatan usim… saya mencari sebuah rumah kosong (tidak dilengkapi perabot dan peralatan) dan mendapat harga berpatutan…. bolehkah sesiapa membantu saya untuk mendapatkan maklumat rumah sewa?

19 12 2011
aishah

lupa saya… ini alamat email saya…. jika boleh berkongsi atau memberi maklumat sila email sy di anis_umt@yahoo.com.

sekian, terima kasih.

27 12 2011
tajirtrader

Assalamualaikum,
Saya ingin menghubungi mana2 penduduk yang terlibat dari awal pembinaan surau ar raudhah. Tujuan: ingin mengetahui prosuder pembinaan surau dikawasan kediaman kami . boleh hubungi di haba_kl@yahoo.com

29 12 2011
MOHD SOM HASHIM

Alhamdulilah atas niat baik saudara itu bagi pembinaan surau ditempat saudara…..
jika hajat saudara itu baik Insya-Allah.
Wasallam
Ajk Birokhas
Mohd Som Hashim
012 262 0940

28 03 2012
madihah

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya ingin bertanya sekolah kebangsaan yang paling dekat dengan acasia park di mana dan berapakah jaraknya?terima kasih..

1 04 2012
Helmy

Makluman rumah untuk disewa
Single Storey Desa Jati
Emel : helmy.bill@gmail.com

1 08 2012
NURUL LIYANA BINTI NORAZIMI .

assalamulaikum, sy dan kwan2 sedang mencari rumah sewa , boleh bantu kami kemasukan bulan 9 dengan harga yang berpatutan memandangkan kami student di usim jika ada maklumat boleh terus emailkan di email saya
ana21hanani@yahoo.com…harap ada yang sudi membantu ….

2 08 2012
syafiq

Saya tengah cari rumah utk disewa kat area Nilai ni jadi saya nak tanya sikit la pasal orang Afrika ni, diorang paling ramai duduk di taman mana ya?

9 09 2012
khairul

RUMAH UNTUK DI JUAL:
NO PT 5296 TAMAN DESA ANGGERIK,
LORONG 9/1E JALAN BBN,
71800 BANDAR BARU NILAI,
NSDK.

BERMINAT BOLEY MSG: 012-2540816
RUMAH DOUBLE STOREY
BERSERTA PENGHAWA DINGIN D BILIK UTAMA,
HARGA: RM230,000.

11 09 2012
Kawan Lama

Mohon bantuan semua. Saya ingin mendapatkan perkhidmatan repairs rumah sekitar Acacia Park. Yg saya tahu seorang berbangsa indonesia bernama Agus atau Mahmud. Boleh bg nombornya?

tq

30 09 2012
nur hamizah

aslkm. ade sesiapa ade bilik sewa kosong area dekat dgan usim. budget dalam 150. boleh email hamizahhamdan@yahoo.com. saya masuk sorang sahaja. hp no 0193083936. terime kasih.kalu ade,masuk dlam jngka masa insyaAllah sebelum.ape2 bgtau yea. tq.

30 09 2012
nur hamizah

*jgka masa awal bulan 10.

6 11 2012
Siti

As-salam,

Mohon maklumkan sekiranya ada sesiapa yg buat tuition utk murid tahun 5 di taman ini.

sekian, t.kasih

7 11 2012
azita

boleh tahu subjek apa yang puan nak hntr anak utk tuition

21 11 2012
Siti

Salam Azita,
kalau boleh subjek math, english dan BM.

nanti bagi info yer
tq

11 11 2012
A'isy

salam, saya mengajar untuk home tuisyen sekolah rendah, iqra, bhsa arab, dan belajar membaca. jika berminat sila hubungi saya
A’isyah=0134148823

3 07 2013
Karim Pin

Ada rumah utk disewakan di acacia…ada car porch, kitchen cabinet, table top(dapur&sinki) set bilik tidur ruang tamu utama,main water filter, water heather dibilik air bawah, keadaan rumah baik..rm1500 hubungi kak lin 0173134836…

4 07 2013
helena

Salam..sy nk tnye pd kak lin,ade x rumah sewa di acacia park without furniture?dan harga sewa bawah rm900?jika ade,boleh email sy tak?terima kasih..sy sedang mencari rumah utk disewa..

5 07 2013
Karim Pin

As salam ..helena..rata2 rate rmh kat acacia ni dah naik ke paras rm1500…dlm rm900 dah takde…tq

5 07 2013
helena

Wsalam..kalau umah utk dijual area acacia dlm brape price die?

2 11 2013
Siti

Salam, ada sesiapa yg ambil upah jahit baju kurung tak?

4 11 2013
Azita

DEAR.. U BOLEH HNTR BAJU KAT CK TAILOR
I MEMANG HNTR BAJU UTK DIJAHIT KAT SANA
RM 70 FOR SEPASANG BAJU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: